Buku Sejarah Melayu Hubungan_Malaysia_-_India

Buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang mencatatkan beberapa hubungan politik dan ekonomi antara Tanah Melayu dengan benua Keling. Pahlawan bernama Badang pernah bergusti dengan pahlawan benua Keling, Benderang dalam acara gusti. Namun permusuhan itu menjadi baik apabila Benderang dikalahkan dalam acara bertindih-tindih paha. Selepas itu mereka berdua berjaya merentang rantai besi di muara sungai bagi menghalang kapal dagang masuk.

Raja Suran / Raja Chola dari India pernah hendak menyerang dan menjajah Srivijaya melalui Semenanjung Tanah Melayu. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa digambarkan Raja Chola pernah menyerang Kedah . Kerajaan Gangga Negara di Beruas,Perak runtuh selepas serangan Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Benua Keling berasal dari nama Kalinga - sebuah wilayah di pantai Koromandel antara Tamil Nadu dan Orissa sekarang.[1] Orang India memang suka banyak bercakap. Duta India ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Krishna Menon berucap di PBB selama 9 jam tanpa henti. Rekod tersebut belum dipecahkan. Mahabharata tujuh kali lebih panjang dari naskhah Iliad dan Odyssey. Perbalahan adalah sebahagian hidup orang India.India menjadi negara pertama di dunia bukan Barat yang memilih dan menggubal perlembagaan berpaksikan demokrasi .[2]

Dalam politik dan kesusasteraan Melayu , selalu ditimbulkan tentang istilah Darah Keturunan Keling (DKK) terutama tahun-tahun 1920-an dan 1930-an.